Thursday, 22 October 2009

Mintak tolong...sikit.


Limau gedang yang dah jatuh ketanah mintak tolong ranting kayu ambilkan daun untuk kesat tanah yang melekat kat badannya. Tapi ranting kayu tak mahu sebab sebelum ni limau gedang suka berlagak pasal kegunaannya. Dia pernah cakap kat ranting kayu, "Hoi ranting, ko ni dah la nipis, sekali aku jentik kompom patah, tak gune betol." Ranting kayu diamkan aje sambil hatinya berbisik, "Kau tunggu je la limau gedang, sampai mase nanti ko siap la..."

Sudah dulu.

Wednesday, 23 September 2009

Neediness. The Truth.


The Doctor is back. He's totally fit to practice medicine again. He's totally off the hooks. He's good. And I...I just had a great 1 hour, 29 minutes and 26 seconds this year. Still figuring out what will happen next, besides figuring what am I doing besides rubbishly blabbering. I'm supposed to finish my work.

Later!

Monday, 17 August 2009

E-monyet.

Aku rasa aku akan update blog aku bila aku ada masalah emosi...kot.

Ada satu hari, sorang sahabat text aku kat phone, "U knw how it is when ppl make up stories about u, gather friends to despise u, n suddenly all the ppl u used to know just disappear." Aku reply, "Aku tak penah kena camtu lagi...so, aku takleh nak buat kesimpulan."

Tapi, tetiba, hari ni aku rasa cam haram sebab aku teringat apa yang sahabat aku text tu bila aku dapat tahu the exact words yang kuar dari mulut kengkawan aku amatlah tajam, malah lebih tajam dari mata pisau Zwilling 4 bintang. Aku tak kesah pun, in fact, korang kasi keje aku senang. Thanks a lot.

Ok, thanks, bye!

Wednesday, 29 July 2009

Relationship

A little life's update.

Entri ini dan ini sudah tidak releven lagi.
Sekian, terima kasih.

Thursday, 16 July 2009

Best Man Win.

Aku akan dapatkannya bulan Disember ini. Sahabat aku yang seorang ini sungguh bermurah hati. Tapi, mampukah aku??

Aiseh...

Tuesday, 14 July 2009

Buku baru.

Entri bertarikh 10 Jun dah tidak sahih lagi.

Malam ini aku nak cerita. Urban Legend terbaru melanda sekitar kawasan Kuala Lumpur. Siapa sangka tempat yang hip dan menarik takde benda-benda kita tidak nampak tapi ia wujud dan kita kena percaya kewujudannya.

Bismillahirrahmanirrahim,

kisah benar pengalaman seorang kawan kepada kawan aku yang diceritakan oleh kawan aku.

Alkisah, tersebutlah kisah, maka dikisahkan. Empat orang wanita. Mereka bosan. Lalu keluarlah mereka kesalah sebuah gedung membeli belah yang terkemuka di Kuala Lumpur. Salah seorang dari mereka terasa mahu mengeringkan tekak. Yang lain pun bersetuju. Menujulah mereka ke Pusat Latihan Nyanyian atau dengan kata singkat, Pusat Karaoke.

Menyanyilah mereka berempat dengan lantang. Adat berkaraoke, masing-masing punya kelebihan tersendiri. Ada yang bersuara lunak dan ada yang tidak. Ada yang menyanyi ikut tempo dan ada yang menyanyi ikut suka. Ada yang suka lagu lama dan ada yang suka lagu baru dan ada juga yang suka semua lagu.

Setelah kering tekak mereka berempat, mereka mengambil keputusan untuk menamatkan sesi latihan vokal mereka di Pusat Karaoke tersebut. Mereka terus ke kaunter untuk membuat bayaran. Akan tetapi mereka terkejut bila melihatkan bil. Mereka dikenakan bayaran untuk lima orang. Jantung masing-masing berdegup pantas. Setelah puas bertekak dengan pengurus, mereka dibawa melihat rakaman di bilik Televisyen Litar Tertutup atau CCTV.

"Siapa tu?" tanya pengurus. "Entah...kami tak kenal....kami memang berempat je." jawab salah seorang dari mereka. Pengurus itu tidak percaya lalu mengajak mereka berempat ke bilik karaoke tersebut, akan tetapi mereka berempat menolak ajakan pengurus itu. Pengurus itu dengan tiba-tiba faham akan keadaan mereka dan melepaskan mereka. Katanya, "Dah banyak kali jugak la jadik macam ni..."

Anda suka karaoke?

Thursday, 11 June 2009

Memang patutlah engkau dibuang. Dah buruk lagi menyemakkan.

Wednesday, 10 June 2009

THIS BLOG IS CLOSED FOR A MOMENT.

Sunday, 7 June 2009

Tutup.

Patutkah aku tutup blog ni? Makin hari aku makin malas nak menulis. Otak semakin sempit. Bercerita, jauh sekali. Mungkin juga "turning point" sudah semakin hampir. Fikir-fikir...

Sudah dulu...

Thursday, 4 June 2009

Lu kan otai!!!

Tetiba aku terasa nak cerita.

Aku call [pemanggil] dua jam setengah sebelum ke [destinasi], hampa tidak diangkat. Aku text dia. Dalam text aku dua jam sebelum menuju ke [destinasi],

"Abang [pemanggil], nanti dalam pukul 3 saya datang , nak amek [barang] -ikmal-"

Sampai di [destinasi] tepat pukul 3. Aku naik, pagar kunci. Aku call sekali lagi. Hampa juga tidak diangkat. Lantas jari jemari aku pantas menulis text kepadanya,

"Saya dah sampai tapi pagar berkunci."

Aku tunggu sampai pukul 3.40. Darah pun sudah tersirap. Kepala dah bengang. Text tidak berjawab. Aku cabut ke tempat lain sebab ada urusan lain pada pukul 5.30 dengan orang lain.

Tepat pukul 4.12. Aku dah sampai kat tempat berurusan. Telefon berbunyi. Aku angkat.

[pemanggil] : Awak kat mana?

Aku : Saya dah kat damansara dah ni.

[pemanggil] : Laa...apasal tak tunggu saya reply? Kenapa tak tunggu je kat situ?

Aku : Saya dah naik tadi, tapi pagar kunci. (Dalam hati : Aku dah tunggu engkau empatpuluhminit...bodoh!!!)

[pemanggil] : Laa...saya baru je nak gerak ke kedai. Lain kali call la.

Aku : Hurm, takpelah bang, lain kali je la saya datang lagi. (Dalam hati : Aku dah call engkau 2 kali tak angkat, aku text engkau dua kali tak jawab. Engkau tak tau ke aku dah call engkau 2 kali dan text engkau 2 kali, atau engkau yang tak reti tgk handphone. Yelah, engkau kan otai. Sial!!!)

Kepala hotak!!!

Manusia, bila dia rasa dia penting, memang selalunya macam itu, yakni menjadi bodoh dan tidak digemari golongan picisan macam aku. Lu kan otai!!!

Sudah dulu...bodoh.