Thursday, 11 June 2009

Memang patutlah engkau dibuang. Dah buruk lagi menyemakkan.

Wednesday, 10 June 2009

THIS BLOG IS CLOSED FOR A MOMENT.

Sunday, 7 June 2009

Tutup.

Patutkah aku tutup blog ni? Makin hari aku makin malas nak menulis. Otak semakin sempit. Bercerita, jauh sekali. Mungkin juga "turning point" sudah semakin hampir. Fikir-fikir...

Sudah dulu...

Thursday, 4 June 2009

Lu kan otai!!!

Tetiba aku terasa nak cerita.

Aku call [pemanggil] dua jam setengah sebelum ke [destinasi], hampa tidak diangkat. Aku text dia. Dalam text aku dua jam sebelum menuju ke [destinasi],

"Abang [pemanggil], nanti dalam pukul 3 saya datang , nak amek [barang] -ikmal-"

Sampai di [destinasi] tepat pukul 3. Aku naik, pagar kunci. Aku call sekali lagi. Hampa juga tidak diangkat. Lantas jari jemari aku pantas menulis text kepadanya,

"Saya dah sampai tapi pagar berkunci."

Aku tunggu sampai pukul 3.40. Darah pun sudah tersirap. Kepala dah bengang. Text tidak berjawab. Aku cabut ke tempat lain sebab ada urusan lain pada pukul 5.30 dengan orang lain.

Tepat pukul 4.12. Aku dah sampai kat tempat berurusan. Telefon berbunyi. Aku angkat.

[pemanggil] : Awak kat mana?

Aku : Saya dah kat damansara dah ni.

[pemanggil] : Laa...apasal tak tunggu saya reply? Kenapa tak tunggu je kat situ?

Aku : Saya dah naik tadi, tapi pagar kunci. (Dalam hati : Aku dah tunggu engkau empatpuluhminit...bodoh!!!)

[pemanggil] : Laa...saya baru je nak gerak ke kedai. Lain kali call la.

Aku : Hurm, takpelah bang, lain kali je la saya datang lagi. (Dalam hati : Aku dah call engkau 2 kali tak angkat, aku text engkau dua kali tak jawab. Engkau tak tau ke aku dah call engkau 2 kali dan text engkau 2 kali, atau engkau yang tak reti tgk handphone. Yelah, engkau kan otai. Sial!!!)

Kepala hotak!!!

Manusia, bila dia rasa dia penting, memang selalunya macam itu, yakni menjadi bodoh dan tidak digemari golongan picisan macam aku. Lu kan otai!!!

Sudah dulu...bodoh.

Tuesday, 2 June 2009

Dear,

Selamat Sihat Wal-Afiat.

Sentiasa mendoakan kesihatan untukmu.

Sudah dulu...

Monday, 1 June 2009

My Place.

Baru sekarang aku tahu,
Dimana sebenar duduknya aku.

Kalian memang manusia hebat,
Aku manusia yang kurang beringat.

Walau aku sering terlupa,
Kalian mengingat bagai keluarga.

Sudah dulu, simpan sahaja,
Aku pulang bawa bendera.

Let's Talk About Yesterday's Event.

Hari Bintang Jatuh 2009 : Tiga Venus. Small event with big meaning(s). Acara ini bukanlah acara yang hip. Acara ini bukanlah "the in-thing". It's all about family, relationship, friendship, intimacy and having trust in ourself and the other. Banyak yang aku pelajari dari acara ini. Bukan sahaja dari acara Hari Bintang Jatuh 2009 : Tiga Venus, juga dari acara Hari Bintang Jatuh 2008. Aku berbangga dengan pemula api yang telah bersusah payah : dari inspirasi jadi realiti. Semangat engkau memang tiada tolok tanding. Tahniah!!! 

Akan tetapi, dalam setiap acara, mesti ada yang terasa hati dan terbuat salah. Aku minta maaf banyak-banyak kepada mereka yang terasa hati atas salah aku.

Sudah dulu...